Saturday 8 October 2011

ciNtA x pErLukAn SeBaB!!


Assalammualaikum...
entry kali nie pasal klu nk b'cnta kte x perlukan sbb pn...
korang jgn cnta kn seseorang sbb encem/cntik, kaya, sore merdu, syuman mnwan, pndai b'kta2, pndai uat korang ktwa, ada d sisi korang mse ske n duka, sng kte yg perfect dlm sgle2nye...
sebabb...sume 2 mgkin x kekal..
sayangi n cntainye krna HATI...krana 2 cnta sjati...
^.^


Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak...

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya... Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya....


Jejaka : Betul.. Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak...

Gadis : Tak boleh beri bukti... Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya.... Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai... Dalam bentuk puisi dan syair lagi... Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya...

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah... Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya... Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak...

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi... Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma...

Si Jejaka amat bersedih...Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak.. Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara ..Tidak... Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara... Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya..Tidak.. Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini..Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum ..Tidak.. Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak... Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah.. Tidak ..Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.... Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi.... Adakah cinta memerlukan sebab ..Tidak..Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya... Cinta tidak perlu ada sebab... Cinta lahir dari hati yang ikhlas... Saya terima awak seadanya...Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati..


~AWAK,SAYA CINTAKAN AWAK TADE SEBAB~..

4 comments:

  1. sy pun mula sayang pada seseorang..tanpa sebab

    ReplyDelete
  2. Susah nak cerita pasal cinta. Nak cerita sampai kiamat pun tak habis.

    Hakhak... xD

    ReplyDelete
  3. sweet entry..mencintai seseorang itu bukan pada apa yg dimilikinya...:) like it

    ReplyDelete

♥♥♥ Assalammualaikum Cinta ♥♥♥
Thankz sbb sudi baca dan tinggalkan comment...
~♥~ ...Comment yg indah2x je oke... ~♥~
Tapi jangan tinggalkan link...!! Takowt nnty blog kene delete...
Kalau tinggalkan link juga.. Lia x nak approve comment korang.. ^_^
~♥~ Sayang korang semua.. Muahxx ~♥~