Tuesday, 15 May 2012

hAnDsOmEkaH..???

Tatkala seorang LELAKI memandang cermin, apa yang selalu DIFIKIRKAN adalah “HANDSOMEKAH aku?” dan seumpamanya..apa kata selepas ini, tanyakanlah pada diri..soalan berikut ketika MEMANDANG CERMIN :


 ✿~ Adakah aku sentiasa TAAT kepada Allah dan Rasulullah?
 ✿~ Adakah JIHAD FISABILILLAH adalah matlamat dan program hidup aku?
 ✿~ Adakah MATI SYAHID adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
 ✿~ Selama ini, adakah aku SABAR dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
 ✿~ IKHLASKAH aku dalam beramal?
 ✿~ Adakah KAMPUNG AKHIRAT menjadi tujuan utama hidupku?
 ✿~ TAKUTKAH aku kepada ujian Allah dan ancamanNya?
 ✿~ Adakah aku selalu MEMOHON AMPUN atas segala dosa-dosaku?
 ✿~ Adakah aku ZUHUD dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
 ✿~ Adakah SOLAT MALAM menjadi kebiasaanku?
 ✿~ Adakah aku BERTAWAKAL kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
 ✿~ Adakah aku kerap memberikan INFAQ di waktu senang mahupun sempit?
 ✿~ Berusahakah aku untuk menerapkan NILAI KASIH SAYANG sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
 ✿~ Kuatkah aku AMAR MAARUF dan NAHI MUNKAR?
 ✿~ Adakah aku sangat kuat memegang AMANAH, JANJI DAN RAHSIA?
 ✿~ Adakah aku seorang PEMAAF?

 p/s : Andai JAWAPAN kepada persoalan-persoalan di atas MAJORITI ADALAH POSITIF, maka kamu memiliki ciri-ciri LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA SOLEHAH..♥♥

Saturday, 21 April 2012

JoM BeRhiJaB~

hye... assalammualaikum..
entry kali niee... lia sje2 je nak kongsi gambar...
style tdung yg lia pnahh uat... x sesuai sgt pn dgn lia... bab x comeyy mcm dak2 yg uat tutorial lam utube 2... huhuuu.. :p

 

ala2 hana tajima larr konon.. :p x sesuai sgt pn.. tp juzz nk try...
tukarr style kan.... :)



yang nie.... mmbe ajarr... shawl pn shawl dye.. hahaha~


yg nie... lilit jea.. simpe.. hahaha... :p

 
lia ske sgt2 pink n purple.. yg nie pn reka sendri... ciap tambah ribbon ag..
muke agak garang... haha.. :)

STYLE TERBARU!!!


haaaa.. nie yg latest utk aq larr.. aq bwu try... garang jea muke...
tp x marahh pn.. cuaca panass.. soo muka jadi garang...
sesuai ke x sesuai.. lia sje mncuba.. :)
bosan2 kan.. try fesyen bwu..

 NEXT STYLE : DIANA AMIR


aloloo.. tomeii nye..
lia nak try style nie plak....
tp kak diana amir nie comell..
pkaii cna pn comell..
x kesahh larr.. ttp nak try.. hahaha...

Ermmm.. k larr smpaii d cni jea kowt entry utk kali nie.. bye3.. nanyte..

Thursday, 19 April 2012

NeVeR juDGe aNyOne !!

Assalammualaikum & selamat malam semua...
Entry kali nie....lia juz nk kongsikan 1 cerita yg buatkan lia mngis bila mmbacanye...
Selamat mmbaca yea... :)


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
 dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
 dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
 apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
 "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"
 doktor tersebut tersenyum dan berkata :
 " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
 "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..
 si doktor tersenyum lagi & berkata :
 " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."
 "memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
 pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
 "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"
 "kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
 jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

 :: Moral--> Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through ::

10 siFaT cALoN sUaMi YaNg BaiK

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


1) Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2) Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3) Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4) Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5) Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6) Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7) Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8) Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9) Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10) Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


YA ALLAH.. bahagianye hdup ini kalau seorang wanita ditemukan dgn lelaki yang mmpunyai sifat2 seperti di atas... tp kte perlu sedar... utk mndpatkan seseorang yang baek kte jg perlu berusaha mnjadi baek... :)